Hamid Mydin
Pencipta Dan Pengasas Permainan Sepak Takraw
"Father of Modern Takraw"
(19 Disember 1916 - 18 Disember 1991
Permainan Sepak Takraw pada permulaanya dikenali dengan nama Sepak bola Jaring kemudian kepada Sepakraga Jala atau Jaring dan atas permintaan negara Laos, Kemboja dan Thailand, ianya dinamakan SEPAK TAKRAW. Permainan ini sekarang telah popular di seluruh dunia.
Malaysia boleh berbangga kerana menjadi negara pelopor sukan yang baru ini dan kerana sepak takraw juga lah nama Malaysia tercatit di arena sukan antarabangsa sebagai negara peneroka yang mula memperkenallkan permainan tersebut.
Ia telah menjadi salah satu pertandingan paling menarik dalam sukan SEA, sukan Asia dan kejohanan dunia. Langkah sedang dibuat supaya permainan yang berasal dari nenek moyang kita ini diterima dalam sukan Olimpik.
No comments:
Post a Comment